Nombor Pendaftaran Syarikat: 1074609-M
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") dan peraturannya, notis ini, berkuatkuasa pada 21hb Disember 2022, disampaikan kepada semua pelanggan yang dihargai dan/atau bakal pelanggan serta pekerja kami. Notis ini akan memaklumkan tentang hak anda yang berkenaan dengan data peribadi anda yang dikumpul, diproses, digunakan, didedahkan dan diproses oleh kami.
Dengan perbuatan berkomunikasi, perlibatan dengan CytoMed Malaysia atau penggunaan produk dan perkhidmatan Syarikat, atau dengan penerimaan Notis ini seperti yang diedarkan kepada anda sebagai pekerja kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pemindahan data peribadi anda oleh CytoMed Malaysia seperti yang diterangkan dalam Notis ini.
Kami telah mengumpul dan akan mengumpul data peribadi anda untuk diproses oleh kami serta/atau bagi pihak anda semasa urusan semasa atau akan datang anda dengan CytoMed Therapeutics (Malaysia) Sdn Bhd ("CytoMed Malaysia"), anak syarikatnya, syarikat bersekutunya ("kami", atau "Syarikat"). Data peribadi anda membolehkan kami mencapai Tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 5 di sini yang berkaitan dengan perniagaan kami.
Jenis data peribadi yang kami kumpul dan proses adalah seperti berikut:
Data peribadi tidak akan didedahkan untuk sebarang tujuan selain daripada apabila ia didedahkan pada masa pengumpulan. Data peribadi anda mungkin diproses untuk tujuan berikut, jika berkaitan:-
CytoMed Malaysia boleh mendapatkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada borang permohonan, laman web, kad perniagaan dan lain-lain.
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada anak syarikat lain atau syarikat bersekutu dalam kumpulan kami. Anak syarikat atau syarikat bersekutu tersebut akan menganggap data peribadi anda sebagai sulit, menurut Notis ini dan dengan mengikuti semua undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan akan memproses data peribadi tersebut hanya untuk Tujuan dan dalam terma yang dinyatakan di sini. Kami bertanggungjawab ke atas data peribadi yang berada di bawah kawalan kami, termasuk data peribadi yang kami dedahkan kepada vendor (sering dirujuk sebagai "pemproses data"). Kami mengambil setiap langkah untuk menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk data peribadi sekiranya maklumat tersebut diproses oleh vendor. CytoMed Malaysia beriltizam untuk mematuhi Akta tersebut, khususnya, polisinya serta garis panduan dan perintah yang sepadan.
CytoMed Malaysia menggunakan prosedur dan ciri keselamatan yang ketat untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan di mana mungkin. Data peribadi yang diberikan kepada CytoMed Malaysia melalui laman web kami atau melalui mana-mana aplikasi, transaksi kad kredit dalam talian adalah dilindungi semasa transit secara penggunaan alat penyulitan seperti Transport Layer Security (TLS). Apabila data peribadi disimpan oleh CytoMed Malaysia, kami menggunakan sistem komputer dengan akses terhad yang ditempatkan di fasiliti yang mengandungi langkah keselamatan fizikal. Data yang disimpan dalam awan adalah disulit, termasuk apabila kami menggunakan perkhidmatan penyimpanan pihak ketiga. Tahap keselamatan data peribadi yang disimpan dalam persekitaran bukan elektronik juga dikendalikan dengan prosedur dan cara yang ketat.
Kuki yang digunakan oleh laman web kami hanya dikaitkan dengan pengguna tanpa dilampirkan nama dan komputer mereka dan tidak mendedahkan data peribadi pengguna. Sesetengah kuki digunakan oleh pihak ketiga untuk memaklumkan CytoMed Malaysia data tentang keberkesanan penglibatan dan promosinya. Kuki yang digunakan oleh laman web kami tidak sama sekali mengumpul data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti pengguna tertentu. Selain itu, kuki adalah bersifat sementara, digunakan semata-mata untuk meningkatkan kecekapan penghantaran terakhir. Pengguna boleh mengkonfigurasi pelayar web untuk dimaklumkan tentang penerimaan kuki dan untuk menghalang pemasangan tersebut pada komputer mereka.
Kami tidak memindahkan data peribadi anda keluar dari Malaysia kepada pihak ketiga (selain daripada yang dinyatakan dalam Klausa 7 di atas) atau untuk tujuan (selain daripada yang dinyatakan dalam Klausa 5 di atas) melainkan anda telah memberikan kebenaran anda kepada kami. Kami bersungguh-sungguh menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk data peribadi sekiranya data peribadi anda dipindahkan ke dan diproses atau digunakan di tempat di luar Malaysia.
CytoMed Malaysia perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Oleh itu, anda juga diwajib membekalkan data peribadi anda kepada kami secara tepat. Jika anda tidak memberikan kami data peribadi, CytoMed Malaysia tidak dapat, memproses data peribadi bagi pihak anda, untuk Tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 5 di sini, atau memberikan perkhidmatan kami kepada anda secara berkesan, dan semua perhubungan yang wujud atau yang akan diwujudkan antara kami hendaklah ditamatkan dan ia tidak lagi berkuat-kuasa secara serta-merta.
Anda berhak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi secara cara menarik balik kebenaran yang telah diberikan sebelum ini, dalam setiap kes, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung jika tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang berkenaan, syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.
Anda berhak untuk meminta akses kepada dan pembetulan data peribadi anda. Sekiranya kami tidak dapat mematuhi permintaan anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan anda, kami akan memberikan anda notis bertulis yang menyatakan sebab kami tidak dapat mematuhi permintaan anda.
Kami berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Kami menasihatkan anda melawat tapak web kami (www.cytomed.sg) untuk Notis ini secara berkala.
Anda boleh, pada bila-bila masa, menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan/atau pemindahan data peribadi anda dengan cara memberi kami notis bertulis. Setelah kami menerima permintaan anda, kami akan menghentikan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan atau pemindahan data peribadi anda secepat mungkin.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang data peribadi dalam simpanan kami atau cara maklumat anda dikumpul, digunakan, diproses, didedahkan atau dipindahkan yang tidak dapat dijawab oleh Notis ini, sila hubungi atau tulis kepada kami di:
Nombor Telefon: + 607-3824911
Alamat emel: enquiry@cytomed.sg
Alamat:
No.12, Jalan Permas 9/16
Bandar Baru Permas Jaya
81750 Johor
Malaysia